ALOR SETAR: Seorang pelajar berusia 12 tahun antara 478 individu ditahan dalam operasi lumba haram ketika menyambut Tahun Baharu 2024 di Bandaraya Alor Setar awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai 60 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan Op Samseng Jalanan persimpangan lampu isyarat Kepala Batas pada jam 3.40 pagi.
Beliau berkata, intipan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Setar bermula sejak jam 1 pagi.
“Keadaan di jalan itu sesak apabila menyaksikan lebih 400 penunggang dan pembonceng yang menyaksikan aktiviti lumba haram.
"Sebelum itu pasukan berjaya mengesan pergerakan sekumpulan besar kumpulan bermotosikal memasuki pusat bandar raya ini dan aktif melakukan aksi menunggang secara berbahaya dengan menjadikan lokasi itu sebagai tempat perlumbaan.
"Sehubungan itu, pasukan operasi kemudian menyusun atur strategi di beberapa lokasi di sekitar persimpangan lampu isyarat Kepala Batas, sebelum kepungan secara serentak dilakukan tepat jam 3.40 pagi.
"Bagaimanapun, kumpulan motosikal itu yang terkejut dengan kehadiran polis pada mulanya cuba meloloskan diri namun gagal apabila kesemua laluan keluar dikepung dan ditutup sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Ahmad Shukri berkata, sebanyak 430 buah motosikal bersama 478 individu ditahan untuk tujuan pemeriksaan.
Katanya, sebanyak 340 saman Pol 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Antara kesalahan terbabit termasuklah tiada lesen memandu, kesalahan mengubah suai kenderaan manakala 70 buah lagi dikenakan tindakan sita.
"Operasi turut disertai Pasukan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN).
"Polis juga menjalankan pemeriksaan teliti terhadap nombor enjin dan chasis kenderaan bagi mengesan sekiranya terdapat mana-mana kenderaan yang dipercayai terbabit dengan sebarang jenayah," katanya.
Ahmad Shukri berkata, seramai 30 orang daripada yang ditahan kemudian diarah untuk menjalani ujian saringan air awal kencing dengan dua daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke BSJN IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Astro Awani
Mon Jan 01 2024
Sebanyak 430 buah motosikal bersama 478 individu ditahan untuk tujuan pemeriksaan. - Gambar/ Astro AWANI
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
Murid 12 tahun antara 478 ditahan dalam operasi lumba haram malam tahun baharu
Seorang pelajar berusia 12 tahun antara 478 individu ditahan dalam operasi lumba haram ketika menyambut Tahun Baharu 2024 di Bandaraya Alor Setar awal pagi Isnin.